SIMS Menulis

Pokok Bunga Raya Saya…
Bunga raya di halaman orang lain...

Sudah agak lama saya tidak mengemaskan pokok-pokok bunga di halaman rumah. Cukup lama. Sehingga saya lupa – bila kali terakhir saya melihat pokok-pokok ini berbunga.

Pagi semalam saya dedikasikan masa saya untuk pokok-pokok bunga itu. Pokok-pokok ini semuanya saya tanam dalam pasu. Saya ganti -tanahnya. Saya tukar pasunya. Saya pangkas dahan, saya tabur baja. Dek kelekaan mengemaskan pokok-pokok berbunga – di hujung sekali baru saya perasan bahawa saya punya sepasu pokok bunga raya.

Beberapa tahu yang lalu – saya punya pokok bunga raya yang agak banyak. Cukup pelbagai warna. Katalah jenis bunga raya yang mana, warna apa - Insyaallah saya ada.

Entah tidak tahu, kenapa saya suka bunga raya. Paling lekat di hari saya tiap kali memandang bunga raya – saya ingat zaman kecil saya. Saya ingat halaman rumah. Jika dikampung, saya ingat dengan tepat dimana pokok bunga raya merah dan kuning di halam rumah saya. Saya ingat di rumah jiran mana yang ada bunga raya putih atau bunga raya merah jambu. Saya ingat deretan bunga raya yang membahagi ruang sekolah dan padang. Saya ingat kawan-kawan yang mengutip daun-daun runga raya yang lebar untuk dijadikan duit. Sangat berbekas…

Mungkin masa telah berubah. Tidak ada lagi yang sudi menanam pokok bunga raya sebagai hiasan rumah. Di kampung pun, tak ada lagi deretan pokok bunga raya. Mungkin sama dengan saya, di rumah saya hanya ada sepasu pokok bunga raya yang  saya sudah lupa pun warnanya!

Pagi itu juga saya lakukan operasi menyelamat. Menyelamatkan pokok bunga raya yang satu itu. Saya mahu tukar pasu dan tanahnya – baru saya perasan bahawa saya kehabisan tanah baru. Saya korek semula pokok-pokok berpasu yang sudah saya ganti tanah sebentar tadi. Saya ambil tanah baru pada setiap pasu. Sedikit-sedikit.  Akhirnya dapatlah satu pasu penuh tanah baru yang telah saya gauli dengan baja. Saya tanam pokok bunga raya dengan selawat yang panjang – saya mahu bunga raya saya kembali kembang. Sudah lama saya tidak lihat bunga raya yang kembang. Sekembangnya…

SIMS – tidak adalah bunga raya berbau semerbak bunga mawar?

Evita – Selepas 15 tahun.
25 Dis ini genaplah 15 tahun filem adaptasi - Evita, karya besar Alan Parker memecah panggung. Saya sendiri telah menonton filem muzikal ini secara penuh sebanyak 5 kali. Dalam tempoh 15 tahun, 5 kali di tonton – dan tontonan saya beberapa hari yang lalu membawa saya berfikir panjang… sangat panjang bila melewati makna lirik Don’t cry for me Argentina.

klik -  Evita : Don’t Cry For me Argentina

Evita akan diingati sebagai sebuah filem muzikal berkualiti tinggi. Dengan aturan award yang dimenenangi, Evita akan terus dilihat dan dinilai dalam ruang masa yang sangat panjang. Ia bukan sekadar cerita Eva Duarte  yang mengilai Beunos Aires dan memasang dendam yang cukup dalam kepada semua golongan aristokrat, ia juga cerita rakyat – yang dihimpit dan menghimpit.

Dengan latar 1950-an yang cukup dramatik, filem digerakkan dengan narator – satu pendekatan yang sangat jarang dilakukan dalam filem.  Antonio Banderas cukup kemas dan  bergaya dalam melaksanakan tugas. Begitu juga di Eva Duante yang akhirnya membawa Juan Peron, pemimpin Republik ke puncak. Walaupun pada mulanya menggunakan Juan Peron sebagai batu loncatan, akhirnya Eva mengakui cinta lelaki itu cukup istimewa. Dengan bayaran 1 juta dollar untuk membawa watak ini pastinya Eva di tangan Madonna sangat berbaloi.

32 lagu pastinya membawa penonton terbuai dalam sejarah Argentina yang pelbagai warna. Filem ini telah memainkan peranan yang cukup terkesan. Pada mulanya saya keliru pada wajah-wajah rakyat yang dihambat polis bengis, askar yang menembak tanpa peduli, siri letupan yang membunuh dan senyum jahat setiap watak pemimpin. Saya juga mula jelek dengan visual rakyat memecah kedai, protes panjang tanpa henti, sepanduk yang entah apa-apa, membakar papan tanda dan sebagainya. Pada akhir cerita baru saya terpukul, karya ini bukan cerita Evita si wanita muda menaiki tangga demi tangga untuk berjaya – ia sebenarnya cerita rakyat Argentina yang melalui derita politik.

Jika karya filem itu bertindak sebagai agen propaganda dan memberi impak baru kepada persepsi sejarah – saya kira Evita sangat berjaya. Bila saya melewati laman-laman blog yang   membedah karya Evita ini, saya lihat persamaan yang nyata. Memuji usaha semua yang merealitikan Evita dan dalam masa yang sama memperakui bahawa filem mempunyai bahasa yang sangat unik, besar dan juga tajam!

A hunch is creativity trying to tell you something. –Frank Capra

SIMS : Saya juga mahu bikin filem.

7 Keajaiban Semula Jadi Dunia yang Terbaru…
Walaupun didepani dengan spekulasi Yayasan New 7 Wonders of Nature yang berpusat di Switzerland akhirnya mengeluarkan keputusan untuk 7 Keajaiban Semula Jadi Dunia yang terbaru.

Yayasan ini dilaporkan sudah menjalankan undian sejak 2007, dengan 440 keajaiban dari 220 negara disenaraikan. Saya secara peribadi memerhati dengan dekat dan menanti dengan debar. Saya juga secara peribadi kurang bersetuju dengan keputusan ini. Bagi saya, dalam beberapa kategori itu, ada lokasi yang lebih istimewa dan lebih besar impaknya kepada ekonomi negara pemilik, nilai flora dan fauna, lebih trampil, lebih cantik dan lebih segala. Kurangnya hanya ia berada di negara miskin (opssss) Namun, apakan daya.

Dari 28 finalis (Malaysia tidak termasuk dalam senarai ini) akhirnya terpatrilah 7 Keajaiban Semula Jadi Dunia yang Baru. Saya kini mula menyusun tekad – untuk hadir kesemua lokasi adikarya ciptaan yang Maha Esa ini. Insyaallah.

Kawan-kawan bagaimana?

Tujuh Keajaiban Baru Dunia

Hutan Hujan Amazon, Brazil

Teluk Hualong, Vietnam

Air Terjun Iguaz, sempadan Argentina-Brazil

Pulau Jeju, Korea Selatan

Taman Negara Komodo, Indonesia

Sungai Bawah Tanah, Puerto Princesa

Table Mountain, Afrika Selatan

SIMS – Perlu hadir!

7 Wasiat Raja-Raja Melayu
Atas segala isu “pening lalat” yang berlegar dalam nilai budi dan akal kita, apa kata singgah sebentar dalam sejarah. Teroka satu gagasan panjang yang terbina merentas ideologi politik mahupun rejim pemikiran. Saya tinggalkan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu untuk tuan-tuan kunyah dan telan. Selepas ini, jika mahu berjerit memekik, fahamilah bahawa apa yang kita ada ini adalah “wasiat” dan bolehkah wasiat ini diperkotak katikkan?

Wasiat Raja-Raja Melayu ini diperbuat  pada tanggal 31 Ogos, 1957; “Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera”.

Adalah 7 perkara tersebut ialah;

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

SIMS : Jika mahu lebih lagi, fahami juga konsep Waadat (sila klik)

Masa Untuk SOLEHAH!
Inilah masanya!

Selepas beberapa musim realiti TV mengambil tempat utama dalam rating penonton dan kredit telefon penonton TV di Malaysia, muncullah beberapa program realiti yang lebih berjiwa. Ia bukan program yang sekadar menyanyi dan meraih populariti. Realiti TV ini bertunjangkan agama tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai komersial dan populariti itu.

Perkembangan yang saya labelkan sebagai “ops putih” ini berjaya membawa watak-watak baru untuk bergelar selebriti tetapi mempunyai keperkasaan agama, nilai diri dan kefahaman matlamat hidup. Walaupun saya tidak yakin ia merupakan ramuan yang terbaik untuk jangka panjang, namun inilah tindakan terbaik untuk jangka masa sederhana. Jika rancangnya untuk jangka panjang, saya yakin usaha mencari selebiti itu harus melalui takah-demi takah yang jauh lebih lama, mendalam dan konsisten.

Selepas Oasis berjaya dengan Imam Muda dan menghasilkan fenomena yang saya kira cukup baik, Oasis turut memperkenalkanUstazah Pilihan. Saya kira untuk jadi neraca pengimbang kepada kehendak penonton. Selepas memperoleh Ustaz-Ustaz yang boleh dijual dipasaran media, perlu juga ustazah-ustazah yang turut boleh dibanggakan.

Saya pasti tiada masalah dengan itu. Walaupun selepas meneruskan kembara ke TV AlHijrah, saya harus mengangkat topi pada Oasis atas usaha itu. Mungkin sedikit sentimental kerana Oasis pernah menjadi pentas latihan pematangan kerjaya saya dahulu. Jika tidak pun, usaha mengangkat syiar Islam dalam lapangan media ini harus dihormati semua.

Saya hadir di TV Al hijrah pada tika stesyen ini masih belum punya pejabat apatah lagi sebuah studio(saya memegang no perkerja 009). Berbincanglah kami apa realiti TV yang wajar dizahirkan. Entah bagaimana kami bagai sepakat untuk melahirkan sebuah program realiti untuk mencari pendakwah wanita.

Mungkin panjang cerita pahit manisnya, namun semuanya  akur kepada idea itu dan setuju untuk memberi nama bayi realiti pertama TV Alhijrah dengan nama SOLEHAH.

Solehah akan mula bersiaran hari ini (jumaat, 8.30 malam, 23 sept) secara langsung dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Selepas melalui beberapaa siri ujibakat, 10 peserta pertama Solehah akan muncul atas azam – menjadi pendakwah!

Wujud beberapa keunikkan yang bakal terzahir dalam Solehah kali ini. Tiada penyingkiran akan dilakukan. Tidak ada mereka yang akan menarik beg kerana gagal kerana bagi kami disini, memberi ruang dan peluang itu harus dilanjutkan. Mengapa perlu seorang pendakwah hebat jika kita boleh lahirkan dan perlukan 10 pendakwah yang punya karisma?

Peserta-peserta yang dipilih juga bukan sahaja mempunyai pendidikan agama yang tuntas, namun jangan terperanjat mereka berdiri dengan nilai pengetahuan merentas sempadan kuno itu. Mereka adalah jurutera, atlit, usahawan dan pelbagai kerjaya lagi. Walau dari mana dan siapapun mereka, persamaan tetap jelas – mereka semua tetap memegang Islam tanpa kompromi.

Selepas siaran malam ini, emak-emak di rumah akan mula memberi  gambaran baru tentang bakal menantu. Pasti terzahir kata “cuba kau cari menantu untuk emak ni macam peserta solehah tu…” atau yang perempuan mula menanam azam untuk kelihatan hebat di pentas kerjaya dan dalam masa yang sama punyai nilai solehah yang tinggi dalam diri.

Bagi yang lelaki bujang, mulalah berangan untuk punya “solehah” mereka sendiri.  Adik-adik kecil akan punya cita-cita baru yang sebelum ini nampak jelek dan pelik. “Saya mahu jadi pendakwah islam yang hebat seperti kakak di dalam Solehah itu!”

Kami di sini tetap memegang janji untuk memberi program yang boleh jadi pengubat hati. Solehah adalah salah satu dari usaha kami untuk melengkapkan kata “semuanya bermula disini…”

Malam ini adalah malam saya untuk Solehah. Anda bagaimana?

Sejarah yang keliru…
Keliru dan akan dikelirukan lagi!

Ruang bicara tentang SEJARAH makin besar dan mungkin juga makin mengarut. Dari perbincangan matang dan intelektual menjadi tohmahan, sindiran, selar-mengelar, kutuk mengutuk dan makin merumitkan keadaan. Ia makin mengelirukan. Selepas sekian banyak senjata digunakan dalam pentas bernama politik, kini senjata halus yang bukan sahaja memusnahkan musuh tetapi akan merobek pemegang senjata digunakan. Senjata itu bernama SEJARAH.

Apa itu sejarah? Mengapa perlu kita belajar dan memahami sejarah? . Ahli Ilmiah membawa mesej besar bahawa pengkajian sejarah wajar membawa unsur moral yang berharga serta menjadi alat kepada kesahihan atau penjelasan tepat dan padat untuk mengekalkan “objektif” fakta dan matlamat.

Lantas, apa relevannya sejarah dengan zaman pasca moden? Isu tafsiran sejarah menjadi agenda hangat sekitar 1950-an. Perbincangan itu merungkai kepentingan, metodologi dan falsafah. Perbincangan itu terus hangat sekitar tafsiran “there is nothing outside the text”.

Sikap tidak peduli sejarah bukanlah isu di Asia sahaja. Awal 1990, sesetengah universiti di Eropah bercadang menutup beberapa jabatan yang kurang popular seperti jabatan sejarah dan jabatan falsafah. Saya yakin, isu tidak peduli sejarah ini turut berakar umbi di negara ini – Malaysia.

Di alam sebelah sini, sejarah disamaertikan dengan history yang dikatakan terhasil dari perkataan syajarah yang bererti pokok dalam bahasa arab. Ramai sejarawan berpendapat sejarah berasal dari perkataan syajaratun yang bermaksud pohon yang akhirnya membawa erti salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul. Persamaan yang mungkin dimutlakkan sama adalah memperakui Herodutus yang mula-mula menggunakan perkataan historia.

Saya sendiri melihat sejarah sebagai sekeping syiling emas. Satu sudut ia adalah fakta. Maksudnya ia adalah kenyataan objektif. Ia bukan gambaran. Ia semestinya data yang tepat. Inilah yang berkait dengan tarikh, nama, lokasi dan seumpamanya.

Satu sisi yang lain, sejarah adalah gambaran dan tafsiran. Ia adalah kenyataan subjektif. Inilah wajah yang berubah setiap kali persepsi baru muncul. Ia berubah mengikut situasi. Ia mungkin memperkaui peranan Hang Tuah. Esok ia mungkin memperkaui peranan Hang Jebat. Mungkin esok lusa memperkaui peranan Patih Gajah Mada. Ia sentiasa berubah mengikut kehendak zaman, pemikiran, peristiwa dan pastinya pada individu itu sendiri.

Dalam metafora itu, saya yakin bahawa sejarah wajar dilihat secara holistik. Ia mesti dinilai dari dua sisi – objektif dan subjektif. Tiada pengecualian tentang itu. Kerisauannya ialah bagaimana membuat tafsiran yang tepat pada sisi subjektif itu.

Saya kira nilaian yang utama ialah tanggungjawab, kefahaman dan kejujuran. Tanpa nilai-nilai ini, tafsiran subjektif itu akan mengzahirkan lebih banyak kekeliruan dan salah faham. Perlu diingat bahawa ia akan terus cacat sepanjang keberadaan tamadun manusia itu. Bagi mereka yang ada kepentingan tertentu, fahamilah bahawa senjata yang sedang dipegang itu bukan milik kita hari ini. Senjata itu adalah milik generasi akan datang. Kita sekadar meminjam dan menggunakannya sebagai falsafah yang mengajar dengan contoh.

Saya dan rakan-rakan  yang sering meminjam beberapa sejarah negara untuk tugasan penerbitkan dokumentari negara turut memperakui bahawa terdapat lompang yang harus ditampal. Ada beberapa cebisan sejarah yang belum ditulis dan dirintis. Ia bertaburan merata. Kadang-kadang terpijak dan diinjak oleh senjata yang jauh lebih kejam bernama pembangunan.

Jika usaha kolektif tidak berlangsung (saya kira ia bukan tugas para sejarawan sahaja), sejarah-sejarah penting akan terus hilang ditelan masa. Mereka yang berumur akan mula beransur pergi. Pergi bersama secara yang pasti. Anak muda yang tidak tahu hujung dan pangkal akan mula membuat interpretasi sendiri. Akhirnya sejarah mula dilihat sebagai cebisan-cebisan cerita bangsa. Tiada nilai yang perlu dilabelkan.

Saya kira perbincangan (atau cakap-cakap) sejarah negara ini akan berlangsung kian rancak. Ia bukan sahaja dibicarakan secara jantan di dewan kuliah tetapi makin berapi di pentas politik hingga lebih panas dari secawan kopi di warung. Saya sangat selesa dengan perbincangan matang (walaupun menongkah arus) dengan janji bahawa sejarah itu dibicarakan dengan matlamat suci. Memberi nilai tambah kepada usaha memperkasakan agama dan bangsa. Jika ia untuk keuntungan individu mahupun kelompok tertentu, maaf - saya tidak berminat.

Saya tidak sedia untuk keliru dan dikelirukan lagi! Lebih-lebih lagi dari senjata bernama SEJARAH. Saya mahu ketepatan dan saya mahu tafsiran yang matang. Tiada negosiasi tentang itu…

SIMS – Saya mahu terbitkan doku sejarah lagi…

Selamat Hari Malaysia
Salam.

Hari ini adalah hari Malaysia. Bezanya kali ini majlis sambutannya di sambut bersama dengan hari Kemerdekaan. Tidak ada canggungnya. Tidak ada salahnya.

Sambutan sebegini harus terus disambut walaupun tafsiran dan persepsi akan sentiasa berubah. Namun, nilai diri harus terus keras berteras agama dan bangsa.

Saya menghiasi hari ini dengan sebuah puisi lama – Zaen Kasturi. Sebuah puisi yang pernah saya hafalkan. Sebuah puisi yang bagi saya terus cantik dan dalam maknanya. Jika sudi, fahamilah bersama. Ini mungkin “makanan” istimewa hari ini.

Jemput makan…

KE RUANG KATARSIS

Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar

apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata

poyong moyang yang tumpah ke cangkir resah

resah menggeliat ke tanah

resah menggeliat ke rimba

resah memulas ke tulang bangsa.

Barangkali kitalah penanampadi-padi hampa

membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik

melinja dan mahsuri di bendang galauan

hingga gugup mengatur genta pertama

gugup lahir di mata kita

gugup lahir di suara kita

gugup membiak di mana-mana.

Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia

harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi

manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan

yang ligat memetik kecapi keluhuran

kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa

album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka

luka berpinar ke nyali jagat

luka berputar ke rohaniah umat

luka menyentak haluan kiblat.

Esok kita bakal menggali tanah

dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri

ke manakah bangkai dosa akan dikirim

ke kali tujuh penjuru gunung

atau ke laut tujuh penjuru tanjung

sedang kita pernah menari ala canggung maharisi

di kaki bicara nihilisme. Sempurnakah kesesalan kita dengan

melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa?

Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak

sempat ditalkinkan pada saat pertama lolong angin tenggara

memintal duka bersama

pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat

dikebumikan pada saat pertama raung hujan selatan

menganyam gugup yang bergantung di dada.

Mari kita lagukan canggung katarsis

arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang

muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang.

Ayunkan roh anak ke pintu hakiki

dodoikan nyali anak ke perabung maknawi

temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi

dan selimut iman dari tuhan.

SIMS – saya rindu masa lalu.

Tiba-tiba teringat – Jeita Grotto!
Sepanjang kembara saya serata dunia, salah satu tempat yang unik dan cantik yang sempat saya kunjungi ialah Jeita Grotto. Unik dan cantiknya Jeita Grotto sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi Jeita Grotto hanyalah sebuah GUA!

Jeita Grotto terletak di Beirut, Lubnan. Terletak di daerah Jeita kira-kira 19 km dari bandar Beirut. Saya hadir ke sana bukanlah untuk membuat pengambaran atau penyelidikan, sekadar singgah sebentar melepas lelah lama di Syria.

Secara kasarnya gua ini terbahagi dua. Satu dibahagian atas dan satu dibahagian bawah yang merupakan gua yang membentuk saluran air bawah tanah. Bahagian bawah ini hanya boleh diterokai dengan perahu. Air ini merupakan sumber utama air bersih bagi penduduk Lubnan.

Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata tentang cantiknya ruang yang ada di dalam gua ini. Dikhabarkan bahawa gua ini merupakan stalaktit terbesar dunia. Ia merangkumi sebuah ruang yang mencapai ketinggian 120 meter tinggi.

Keseluruhan ruang ruang ini merangkumi 2,130 meter panjang. Namun begitu, pengunjung hanya boleh melalui sejauh 750 meter sahaja. Pengunjung boleh menikmati keunikkannya dengan berjalan di laluan pejalan kaki yang disediakan. Dengan tambahan dan adaptasi cahaya dan warna yang sesuai, ia menghasilkan efek yang cukup hebat. Setiap ruang dan objek menzahirkan variasi kesan dan ia akan terus menghasilkan pelbagai imaginasi bagi pengunjung.

Lihatlah betapa hebatnya ruangan gua ini…

Gua di bahagian bawah pula sepenuhnya merupakan saluran air. Keseluruhan ruangan bawah ini seluas 6,200 meter panjang. Ia terletak kira-kira 60 meter bawah dari bahagian gua utama di bahagian bawah.

Bahagian bawah ini juga dikenali sebagai ‘tasik gelap’ oleh penduduk tempatan. Bagi pengunjung yang hadir kesini, tiada yang lebih mengasyikkan dari menikmati batuan yang pelbagai warna dan bentuk.

Perkhidmatan perahu disediakan bagi membolehkan  pengunjung menyusur gua ini. Saya dan kawan-kawan yang hadir juga tidak mahu melepaskan peluang menyusur laluan gua ini.

Sunyi dan tiada kata. Semua orang hanya diam dan hanya menikmati betapa indahnya ciptaan Allah ini. Dikhabarkan wujud juga usaha pihak tertentu untuk menjadikan Jeita Grotto sebagai salah satu dari keajaiban dunia.

Saya tinggalkan beberapa gambar yang telah meninggalkan kesan emosi kepada saya. Anda bagaimana?

Kami yang pernah hadir...

SIMS : Mahu ke Lubnan lagi. Tapi bila ya…

Selepas mereka terkorban…
Potret Terakhir - Pelajar Rumah Anak Yatim Al Takwa

Selepas mereka terkorban, semua mula menuding jari. Ini salah, itu salah. Ini tidak ikut peraturan, itu tidak dapat pengesahan. Ini tugas mereka bukan tugas kami. Itu bukan tanggungjawab kami… (bla, bla, bla….)

Adik, nampaknya tiada siapa juga yang mahu mengaku kesilapan mereka… Maaf dik, adik terkorban atas runtuhan yang bernama “tidak bertanggungjawab”. Maaf dik, jika adik semua terkorban sekali lagi pun, mereka masih tak jumpa kesilapan siapa!

Al-Fatihah

SIMS : Benci!

Kasut bola yang pertama…
Saya memang tidak boleh bermain bola sepak dalam tahap yang baik. Sekadar mampu bermain sepak-sepak manja untuk mengeluarkan peluh. Saya memang menganggap bola sepak dicipta bukan untuk saya. Itu sebabnya saya tidak peduli siapa yang menang perlawanan bola mana-mana liga. Saya hanya berdebar sedikit bila perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan.

Itu juga sebabnya saya tidak pernah mempunyai kasut bola. Tidak pernah. Sepanjang karier saya sebagai ahli sukan (ewaahh) saya hanya pernah mempunyai kasut untuk bola tampar dan ‘spike’ untuk olahraga.

Bola tampar merupakan satu satunya sukan yang saya rasa benar-benar dicipta untuk saya. Saya sukan tamparannya, digging, lompatan tinggi, seni dan helahnya. Inilah satu-satunya sukan yang membawa saya pergi agak jauh.

Dalam olahraga saya punya kasut berpaku ‘spike’. Ia memang untuk tujuan larian pecut yang memang saya minat. Selain itu kasut yang sama saya gunakan untuk olahraga terhebat saya – lompat kijang. Itupun saya gunakan selepas saya buang ‘pakunya’. Dengan kasut yang lembut dan ringan itulah saya membuat lompatan kijang yang pernah menjadi rekod daerah Kuala Pilah untuk beberapa tahun.

Itulah cerita dunia sukan saya. Pastinya bola sepak tidak termasuk langsung dalam senarai istimewa saya. Namun, apa yang berlaku dalam dua minggu ini banyak mengubah ruang akal saya tentang bola sepak. Pastinya kerana putera pertama saya telah mendaftar di First Kick Academy. Academy yang membuat pengkhususan untuk mengajar anak-anak kecil bawah umur tentang bola sepak.

Hasilnya, ke kedai kasut sukanlah saya mencari kasut bola untuk Putera Syahmi. Ya, itulah kasut bola pertama yang saya beli. Saya sendiri tidak pernah punya hajat untuk mempunyai kasut bola namun putera saya ini telah mempunyai kasut bola sepak pertamanya pada umurnya belum lagi mencecah 7 tahun. Kasut sukan pertama yang saya beli dengan duit ayah saya pada umur saya 15 tahun.

Kini saya akan memakaikan Putera Syahmi kasut bola setiap pagi ahad sambil mengimbau kenangan zaman kecil saya yang bermain bola sepak tanpa latihan dan pastinya dengan berkaki ayam.

Mungkin sebab itu saya tidak pernah tahu cara sebenar untuk menyepak bola!