Category Archives: Sebuah NEGARA bernama “Malaysia”

Oct
19
  • 7 Wasiat Raja-Raja Melayu

    thumbnail

    Atas segala isu “pening lalat” yang berlegar dalam nilai budi dan akal kita, apa kata singgah sebentar dalam sejarah. Teroka satu gagasan panjang yang terbina merentas ideologi politik mahupun rejim pemikiran. Saya tinggalkan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu untuk tuan-tuan kunyah dan telan. Selepas ini, jika mahu berjerit memekik, fahamilah bahawa apa yang kita ada ini adalah “wasiat” dan bolehkah wasiat ini diperkotak katikkan?   Wasiat Raja-Raja Melayu ini diperbuat  pada tanggal 31 Ogos, 1957; “Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami [...]

    Reading More >>

Sep
21
  • Sejarah yang keliru…

    thumbnail

    Keliru dan akan dikelirukan lagi! Ruang bicara tentang SEJARAH makin besar dan mungkin juga makin mengarut. Dari perbincangan matang dan intelektual menjadi tohmahan, sindiran, selar-mengelar, kutuk mengutuk dan makin merumitkan keadaan. Ia makin mengelirukan. Selepas sekian banyak senjata digunakan dalam pentas bernama politik, kini senjata halus yang bukan sahaja memusnahkan musuh tetapi akan merobek pemegang senjata digunakan. Senjata itu bernama SEJARAH. Apa itu sejarah? Mengapa perlu kita belajar dan memahami sejarah? . Ahli Ilmiah membawa mesej besar bahawa pengkajian sejarah [...]

    Reading More >>

Sep
16
  • Selamat Hari Malaysia

    thumbnail

    Salam. Hari ini adalah hari Malaysia. Bezanya kali ini majlis sambutannya di sambut bersama dengan hari Kemerdekaan. Tidak ada canggungnya. Tidak ada salahnya. Sambutan sebegini harus terus disambut walaupun tafsiran dan persepsi akan sentiasa berubah. Namun, nilai diri harus terus keras berteras agama dan bangsa. Saya menghiasi hari ini dengan sebuah puisi lama – Zaen Kasturi. Sebuah puisi yang pernah saya hafalkan. Sebuah puisi yang bagi saya terus cantik dan dalam maknanya. Jika sudi, fahamilah bersama. Ini mungkin “makanan” istimewa [...]

    Reading More >>

May
23
  • Selepas mereka terkorban…

    thumbnail

    Selepas mereka terkorban, semua mula menuding jari. Ini salah, itu salah. Ini tidak ikut peraturan, itu tidak dapat pengesahan. Ini tugas mereka bukan tugas kami. Itu bukan tanggungjawab kami… (bla, bla, bla….) Adik, nampaknya tiada siapa juga yang mahu mengaku kesilapan mereka… Maaf dik, adik terkorban atas runtuhan yang bernama “tidak bertanggungjawab”. Maaf dik, jika adik semua terkorban sekali lagi pun, mereka masih tak jumpa kesilapan siapa! Al-Fatihah   SIMS : Benci!

    Reading More >>

Mar
28
  • “Production is all about planning”

    thumbnail

    Dalam usaha penerbitan program TV, kami yang dianggap pengamal media berpegang teguh konsep – Production is all about planning. Ini bermaksud, setiap usaha kami dalam penerbitan program mesti melalui proses perancangan yang tersusun demi memastikan kehendak program dan penonton dapat dipenuhi. Produksi yang baik adalah produksi yang mempunyai perancangan yang baik. Jika ia sebuah program bual bicara, semuanya harus tersusun. Seperti pengacara, apa yang bakal dikatakan oleh pengacara, bajunya, warna, content, berdiri duduknya, skripnya semuanya adalah dirancang terlebih dahulu. Kadang-kadang [...]

    Reading More >>

Mar
24
  • Politik – Seks…

    thumbnail

    Jujurnya memang terasa terasa mual. Loya. Saya yakin rasa ini dikongsi sama oleh kebanyakan rakan-rakan tentang “politik” di negara yang kita sayangi ini. Betul. Dengan rentetan kemelut politik 20 tahun kebelakangan ini, ia memberi cerminan yang sangat negatif sifatnya. Apakah agaknya yang akan diperkatakan dan dipertawakan oleh cucu-cicit kita nanti bila mereka membuat analisis tentang “politik” datuk nenek mereka. Munculkan rakaman video lucah yang kononnya diaksikan oleh salah seorang pemimpin pembangkang kian menunjukkan kita sebenarnya makin lupa pada nilai perjuangan [...]

    Reading More >>

Jan
27
  • Mencari TV AlHijrah…

    thumbnail

    Kadang-kadang ia menjadi tugas yang sangat membosankan apabila terpaksa mengulang kata-kata yang sama setiap kali menjawap telefon. Benar. Ia boleh menjadi fobia kepada deringan telefon. TV Al Hijrah saban hari menerima panggilan berkait dengan soalan – Macam mana kami hendak tengok TV Al Hijrah. Bagi kami yang menerima panggilan itu, setiap kali itulah kami mengulang kata yang sama. Namun itulah namanya kerja. Apatah lagi bertugas dalam industri yang memang memerlukan penonton dalam kapasiti yang besar. Tidak ada untungnya jika menyiarkan [...]

    Reading More >>

Jan
26
  • Ahmad Dhani – Pengetua AF Terbaru!

    thumbnail

    Vokalis dan pengasas kumpulan Dewa, Ahmad Dhani, dari Indonesia dipilih sebagai pengetua Akademi Fantasia (AF) musim ke-9. Inilah kenyataan yang terzahir di akhbar harian hari ini. Teringat temubual saya dengan Ahmad Dhani beberapa tahun yang lalu. Dia memang seorang pemikir. Soalnya adakah pemikirannya itu sesuai dengan kita? Saya tidak mahu bercerita panjang. Saya resah! SIMS : Ahamd Dhani ada hadiahkan saya rantai yang dipakainya. Dia mana agaknya rantai itu sekarang? Hahaha nuffnang_bid = “3fe04f300e4652a44a612412af98cfe0″;

    Reading More >>

Jan
12
  • Ada apa pada INTERLOK?

    thumbnail

    Umum sedia maklum apa yang telah terjadi pada novel Interlok karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Husain. Interlok merupakan karya yang dipilih sebagai teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) untuk Tingkatan Lima didakwa sebagai karya yang mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu dan India. Ikhtiar terakhir yang dilaksanakan oleh mereka yang anti kepada Interlok adalah dengan membakar karya sastera ini. Maka berteriaklah barisan NGO, ahli politik, penggiat sastera, mahasiswa (?), mahupun orang perseorangan. Semua bercakap tentang “kasta” yang [...]

    Reading More >>

Oct
12