Sudah agak lama saya tidak mengemaskan pokok-pokok bunga di halaman rumah. Cukup lama. Sehingga saya lupa – bila kali terakhir saya melihat pokok-pokok ini berbunga. Pagi semalam saya dedikasikan masa saya untuk pokok-pokok bunga itu. Pokok-pokok ini semuanya saya tanam dalam pasu. Saya ganti -tanahnya. Saya tukar pasunya. Saya pangkas dahan, saya tabur baja. Dek kelekaan mengemaskan pokok-pokok berbunga – di hujung sekali baru saya perasan bahawa saya punya sepasu pokok bunga raya. Beberapa tahu yang lalu – saya punya [...]
Category Archives: Buah FIKIRAN
-
Evita – Selepas 15 tahun.
25 Dis ini genaplah 15 tahun filem adaptasi - Evita, karya besar Alan Parker memecah panggung. Saya sendiri telah menonton filem muzikal ini secara penuh sebanyak 5 kali. Dalam tempoh 15 tahun, 5 kali di tonton – dan tontonan saya beberapa hari yang lalu membawa saya berfikir panjang… sangat panjang bila melewati makna lirik Don’t cry for me Argentina. klik - Evita : Don’t Cry For me Argentina Evita akan diingati sebagai sebuah filem muzikal berkualiti tinggi. Dengan aturan award yang dimenenangi, Evita [...]
-
7 Wasiat Raja-Raja Melayu
Atas segala isu “pening lalat” yang berlegar dalam nilai budi dan akal kita, apa kata singgah sebentar dalam sejarah. Teroka satu gagasan panjang yang terbina merentas ideologi politik mahupun rejim pemikiran. Saya tinggalkan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu untuk tuan-tuan kunyah dan telan. Selepas ini, jika mahu berjerit memekik, fahamilah bahawa apa yang kita ada ini adalah “wasiat” dan bolehkah wasiat ini diperkotak katikkan? Wasiat Raja-Raja Melayu ini diperbuat pada tanggal 31 Ogos, 1957; “Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami [...]
-
Sejarah yang keliru…
Keliru dan akan dikelirukan lagi! Ruang bicara tentang SEJARAH makin besar dan mungkin juga makin mengarut. Dari perbincangan matang dan intelektual menjadi tohmahan, sindiran, selar-mengelar, kutuk mengutuk dan makin merumitkan keadaan. Ia makin mengelirukan. Selepas sekian banyak senjata digunakan dalam pentas bernama politik, kini senjata halus yang bukan sahaja memusnahkan musuh tetapi akan merobek pemegang senjata digunakan. Senjata itu bernama SEJARAH. Apa itu sejarah? Mengapa perlu kita belajar dan memahami sejarah? . Ahli Ilmiah membawa mesej besar bahawa pengkajian sejarah [...]
-
Selamat Hari Malaysia
Salam. Hari ini adalah hari Malaysia. Bezanya kali ini majlis sambutannya di sambut bersama dengan hari Kemerdekaan. Tidak ada canggungnya. Tidak ada salahnya. Sambutan sebegini harus terus disambut walaupun tafsiran dan persepsi akan sentiasa berubah. Namun, nilai diri harus terus keras berteras agama dan bangsa. Saya menghiasi hari ini dengan sebuah puisi lama – Zaen Kasturi. Sebuah puisi yang pernah saya hafalkan. Sebuah puisi yang bagi saya terus cantik dan dalam maknanya. Jika sudi, fahamilah bersama. Ini mungkin “makanan” istimewa [...]
-
Selepas mereka terkorban…
Selepas mereka terkorban, semua mula menuding jari. Ini salah, itu salah. Ini tidak ikut peraturan, itu tidak dapat pengesahan. Ini tugas mereka bukan tugas kami. Itu bukan tanggungjawab kami… (bla, bla, bla….) Adik, nampaknya tiada siapa juga yang mahu mengaku kesilapan mereka… Maaf dik, adik terkorban atas runtuhan yang bernama “tidak bertanggungjawab”. Maaf dik, jika adik semua terkorban sekali lagi pun, mereka masih tak jumpa kesilapan siapa! Al-Fatihah SIMS : Benci!
-
Mencari Wajah Blog
Sukar rupanya. Sangat sukar. Lebih dari 1 minggu saya berputar-putar di laman sesawang terpilih untuk memilih themes yang sesuai untuk blog saya yang baru bertukar nama dan wajah ini. Pelbagai themes”yang unik dan cantik saya cuba acukan. Banyak web yang menawarkan themes yang cantik-cantik. Kebanyakkannya adalah percuma. Anda boleh rujuk disini, disini dan disini. Pemilihan themes atau wajah blog ini sangat penting kerana ia merupakan pandangan cinta pertama yang bakal menentukan samaada pengujung akan tertarik atau tidak pada blog anda. Oleh [...]
-
Malaysia – Indonesia : Masih Bersaudarakah kita?
HUBUNGAN Malaysia-Indonesia retak lagi. Untuk sekian kalinya, nilai persaudaraan antara dua negara istimewa di Nusantara kembali dipersoalkan. Siri bakar bendera dan lontar najis mewarnai episod konfrontasi yang sukar sudah dibilang dengan jari. Dari lembut tarian pendet dan cinta anak raja hinggalah kepada adegan seterika dan tangkapan buruh asing tidak berdokumen. Kita semua harus akui bahawa hubungan Malaysia Indonesia hampir sama dengan batasan antara dua negara ini. Selat Melaka dan Laut China Selatan yang jadi pemisah turut membawa pasang surut hubungan. [...]
-
Pidato 6 minit yang cukup berkesan!
Saya sangat terinspirasi dengan dengan pidato anak kecil ini – Severn Suzuki. Lantas saya attachkan disini sebagai rujukan atau mungkin boleh menginspirasi orang lain. Sudilah memahami dan menilainya… [youtube=http://www.youtube.com/watch?v=FhaLMotfvqg&feature=player_embedded]Test Inilah Isi pidato tersebut: (Sumber: The Collage Foundation) Halo, nama Saya Severn Suzuki, berbicara mewakili E.C.O – Enviromental Children Organization Kami adalah kelompok dari Kanada yg terdiri dari anak-anak berusia 12 dan 13 tahun, yang mencoba membuat perbedaan: Vanessa Suttie, Morga, Geister, Michelle Quiq dan saya sendiri. Kami menggalang dana untuk [...]
-
Arinaz Mazhar Hakim, andaian dan hubungan Malaysia-Brunei
Sejurus mengetahui berita penceraian Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, saya berlegar-legar di laman-laman web untuk mencari cerita disebalik berita yang diumumkan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Abu Bakar menerusi slot berita Radio Televisyen Brunei (RTB). Dari satu laman ke satu laman yang lain, pada penghujungnya saya gagal menemui jawapannya. Namun begitu, saya menjumpai sesuatu yang jauh lebih “kompleks” dari kes penceraian itu sendiri. Saya dan mungkin ribuan [...]








