25 Dis ini genaplah 15 tahun filem adaptasi - Evita, karya besar Alan Parker memecah panggung. Saya sendiri telah menonton filem muzikal ini secara penuh sebanyak 5 kali. Dalam tempoh 15 tahun, 5 kali di tonton – dan tontonan saya beberapa hari yang lalu membawa saya berfikir panjang… sangat panjang bila melewati makna lirik Don’t cry for me Argentina.
klik - Evita : Don’t Cry For me Argentina
Evita akan diingati sebagai sebuah filem muzikal berkualiti tinggi. Dengan aturan award yang dimenenangi, Evita akan terus dilihat dan dinilai dalam ruang masa yang sangat panjang. Ia bukan sekadar cerita Eva Duarte yang mengilai Beunos Aires dan memasang dendam yang cukup dalam kepada semua golongan aristokrat, ia juga cerita rakyat – yang dihimpit dan menghimpit.
Dengan latar 1950-an yang cukup dramatik, filem digerakkan dengan narator – satu pendekatan yang sangat jarang dilakukan dalam filem. Antonio Banderas cukup kemas dan bergaya dalam melaksanakan tugas. Begitu juga di Eva Duante yang akhirnya membawa Juan Peron, pemimpin Republik ke puncak. Walaupun pada mulanya menggunakan Juan Peron sebagai batu loncatan, akhirnya Eva mengakui cinta lelaki itu cukup istimewa. Dengan bayaran 1 juta dollar untuk membawa watak ini pastinya Eva di tangan Madonna sangat berbaloi.
32 lagu pastinya membawa penonton terbuai dalam sejarah Argentina yang pelbagai warna. Filem ini telah memainkan peranan yang cukup terkesan. Pada mulanya saya keliru pada wajah-wajah rakyat yang dihambat polis bengis, askar yang menembak tanpa peduli, siri letupan yang membunuh dan senyum jahat setiap watak pemimpin. Saya juga mula jelek dengan visual rakyat memecah kedai, protes panjang tanpa henti, sepanduk yang entah apa-apa, membakar papan tanda dan sebagainya. Pada akhir cerita baru saya terpukul, karya ini bukan cerita Evita si wanita muda menaiki tangga demi tangga untuk berjaya – ia sebenarnya cerita rakyat Argentina yang melalui derita politik.
Jika karya filem itu bertindak sebagai agen propaganda dan memberi impak baru kepada persepsi sejarah – saya kira Evita sangat berjaya. Bila saya melewati laman-laman blog yang membedah karya Evita ini, saya lihat persamaan yang nyata. Memuji usaha semua yang merealitikan Evita dan dalam masa yang sama memperakui bahawa filem mempunyai bahasa yang sangat unik, besar dan juga tajam!
A hunch is creativity trying to tell you something. –Frank Capra
SIMS : Saya juga mahu bikin filem.




