Sudah agak lama saya tidak mengemaskan pokok-pokok bunga di halaman rumah. Cukup lama. Sehingga saya lupa – bila kali terakhir saya melihat pokok-pokok ini berbunga. Pagi semalam saya dedikasikan masa saya untuk pokok-pokok bunga itu. Pokok-pokok ini semuanya saya tanam dalam pasu. Saya ganti -tanahnya. Saya tukar pasunya. Saya pangkas dahan, saya tabur baja. Dek kelekaan mengemaskan pokok-pokok berbunga – di hujung sekali baru saya perasan bahawa saya punya sepasu pokok bunga raya. Beberapa tahu yang lalu – saya punya [...]
-
Evita – Selepas 15 tahun.
25 Dis ini genaplah 15 tahun filem adaptasi - Evita, karya besar Alan Parker memecah panggung. Saya sendiri telah menonton filem muzikal ini secara penuh sebanyak 5 kali. Dalam tempoh 15 tahun, 5 kali di tonton – dan tontonan saya beberapa hari yang lalu membawa saya berfikir panjang… sangat panjang bila melewati makna lirik Don’t cry for me Argentina. klik - Evita : Don’t Cry For me Argentina Evita akan diingati sebagai sebuah filem muzikal berkualiti tinggi. Dengan aturan award yang dimenenangi, Evita [...]
-
7 Keajaiban Semula Jadi Dunia yang Terbaru…
Walaupun didepani dengan spekulasi Yayasan New 7 Wonders of Nature yang berpusat di Switzerland akhirnya mengeluarkan keputusan untuk 7 Keajaiban Semula Jadi Dunia yang terbaru. Yayasan ini dilaporkan sudah menjalankan undian sejak 2007, dengan 440 keajaiban dari 220 negara disenaraikan. Saya secara peribadi memerhati dengan dekat dan menanti dengan debar. Saya juga secara peribadi kurang bersetuju dengan keputusan ini. Bagi saya, dalam beberapa kategori itu, ada lokasi yang lebih istimewa dan lebih besar impaknya kepada ekonomi negara pemilik, nilai flora dan fauna, [...]
-
7 Wasiat Raja-Raja Melayu
Atas segala isu “pening lalat” yang berlegar dalam nilai budi dan akal kita, apa kata singgah sebentar dalam sejarah. Teroka satu gagasan panjang yang terbina merentas ideologi politik mahupun rejim pemikiran. Saya tinggalkan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu untuk tuan-tuan kunyah dan telan. Selepas ini, jika mahu berjerit memekik, fahamilah bahawa apa yang kita ada ini adalah “wasiat” dan bolehkah wasiat ini diperkotak katikkan? Wasiat Raja-Raja Melayu ini diperbuat pada tanggal 31 Ogos, 1957; “Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami [...]
-
Masa Untuk SOLEHAH!
Inilah masanya! Selepas beberapa musim realiti TV mengambil tempat utama dalam rating penonton dan kredit telefon penonton TV di Malaysia, muncullah beberapa program realiti yang lebih berjiwa. Ia bukan program yang sekadar menyanyi dan meraih populariti. Realiti TV ini bertunjangkan agama tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai komersial dan populariti itu. Perkembangan yang saya labelkan sebagai “ops putih” ini berjaya membawa watak-watak baru untuk bergelar selebriti tetapi mempunyai keperkasaan agama, nilai diri dan kefahaman matlamat hidup. Walaupun saya [...]
-
Sejarah yang keliru…
Keliru dan akan dikelirukan lagi! Ruang bicara tentang SEJARAH makin besar dan mungkin juga makin mengarut. Dari perbincangan matang dan intelektual menjadi tohmahan, sindiran, selar-mengelar, kutuk mengutuk dan makin merumitkan keadaan. Ia makin mengelirukan. Selepas sekian banyak senjata digunakan dalam pentas bernama politik, kini senjata halus yang bukan sahaja memusnahkan musuh tetapi akan merobek pemegang senjata digunakan. Senjata itu bernama SEJARAH. Apa itu sejarah? Mengapa perlu kita belajar dan memahami sejarah? . Ahli Ilmiah membawa mesej besar bahawa pengkajian sejarah [...]
-
Selamat Hari Malaysia
Salam. Hari ini adalah hari Malaysia. Bezanya kali ini majlis sambutannya di sambut bersama dengan hari Kemerdekaan. Tidak ada canggungnya. Tidak ada salahnya. Sambutan sebegini harus terus disambut walaupun tafsiran dan persepsi akan sentiasa berubah. Namun, nilai diri harus terus keras berteras agama dan bangsa. Saya menghiasi hari ini dengan sebuah puisi lama – Zaen Kasturi. Sebuah puisi yang pernah saya hafalkan. Sebuah puisi yang bagi saya terus cantik dan dalam maknanya. Jika sudi, fahamilah bersama. Ini mungkin “makanan” istimewa [...]
-
Tiba-tiba teringat – Jeita Grotto!
Sepanjang kembara saya serata dunia, salah satu tempat yang unik dan cantik yang sempat saya kunjungi ialah Jeita Grotto. Unik dan cantiknya Jeita Grotto sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi Jeita Grotto hanyalah sebuah GUA! Jeita Grotto terletak di Beirut, Lubnan. Terletak di daerah Jeita kira-kira 19 km dari bandar Beirut. Saya hadir ke sana bukanlah untuk membuat pengambaran atau penyelidikan, sekadar singgah sebentar melepas lelah lama di Syria. Secara kasarnya gua ini terbahagi dua. Satu dibahagian atas [...]
-
Selepas mereka terkorban…
Selepas mereka terkorban, semua mula menuding jari. Ini salah, itu salah. Ini tidak ikut peraturan, itu tidak dapat pengesahan. Ini tugas mereka bukan tugas kami. Itu bukan tanggungjawab kami… (bla, bla, bla….) Adik, nampaknya tiada siapa juga yang mahu mengaku kesilapan mereka… Maaf dik, adik terkorban atas runtuhan yang bernama “tidak bertanggungjawab”. Maaf dik, jika adik semua terkorban sekali lagi pun, mereka masih tak jumpa kesilapan siapa! Al-Fatihah SIMS : Benci!
-
Kasut bola yang pertama…
Saya memang tidak boleh bermain bola sepak dalam tahap yang baik. Sekadar mampu bermain sepak-sepak manja untuk mengeluarkan peluh. Saya memang menganggap bola sepak dicipta bukan untuk saya. Itu sebabnya saya tidak peduli siapa yang menang perlawanan bola mana-mana liga. Saya hanya berdebar sedikit bila perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan. Itu juga sebabnya saya tidak pernah mempunyai kasut bola. Tidak pernah. Sepanjang karier saya sebagai ahli sukan (ewaahh) saya hanya pernah mempunyai kasut untuk bola tampar dan ‘spike’ untuk olahraga. Bola [...]









